Meskipun teruja pada awalnya, ramai peminat nampaknya dah mula hilang minat untuk kemunculan semula BLACKPINK.
Terbaru, CEO Yang Hyun-suk telah mengeluarkan satu video pengumuman, memberikan perkembangan terkini mengenai aktiviti kumpulan yang bernaung di bawah agensi tersebut.
Khususnya mengenai comeback dan konsert jelajah BLACKPINK, dia menyatakan,
Selepas sekian lama, BLACKPINK akan bertemu dengan peminat. Walaupun kami belum mempunyai tarikh yang disahkan, berita mengenai lagu baru BLACKPINK akan diumumkan tidak lama lagi.
look at what you have done @ygent_official pic.twitter.com/fonUWBgAAk
— 🎀 (@jisooswar) May 25, 2025
Selepas video itu dikeluarkan, beberapa akaun peminat BLACKPINK umum telah ditutup kerana kecewa dengan rancangan yang dinyatakan.
Tambahan pula, kumpulan itu hanya ada kurang dari dua bulan sahaja lagi untuk ‘world tour’ mereka bermula namun, agensi masih belum ada tarikh tetap dan pelan jelas tentang aktiviti mereka.
Komen peminat tak puas hati,
- Dari haritu cakap ‘akan datang, akan datang’ tapi sampai kesudah takde tarikh lagi.
- Siap sedia je lah, BLACKPINK akan bubar lepas ni.
- Semua macam masih sibuk dengan aktiviti solo, sempat ke nak berlatih untuk world tour tu?
- Buang masa tunggu.
Hmm faham perasaan peminat tu..