Ikuti Kami:

BTS Umum Tarikh Konsert Luar & Dalam Talian ‘Permission To Dance On Stage – Seoul’ Mac Ini

BTS Umum Tarikh Konsert Luar & Dalam Talian ‘Permission To Dance On Stage – Seoul’ Mac Ini

BTS telah mengumumkan secara rasmi tarikh konsert solo mereka, “Permission To Dance On Stage – Seoul”!

Merupakan konsert solo bersemuka pertama kumpulan itu di Korea dalam masa kira-kira 2 tahun, “Permission To Dance On Stage – Seoul” akan berlangsung pada Mac akan datang ini, iaitu pada tarikh 10 Mac, dan dari 12-13 Mac, di Stadium Olimpik Seoul.

Konsert pada 10 Mac dan 13 Mac akan berlangsung secara serentak dalam talian dan secara bersemuka, memberi peluang kepada peminat global untuk menonton secara langsung dari mana-mana sahaja mereka berada. Konsert pada 12 Mac pula akan berlangsung secara bersemuka dan sebagai acara tontonan langsung khas, bermakna rancangan itu akan disiarkan di pawagam terpilih di seluruh dunia untuk memberi pengalaman yang mengasyikkan buat peminat.

Sementara itu, ini akan menjadi persembahan pertama BTS pada tahun 2022, menandakan kepulangan mereka sejak percutian lanjutan.

Kini, BTS telah mula membuat persiapan untuk konsert tersebut. Walau bagaimanapun, semalam, ahli V telah disahkan positif COVID, oleh itu, beberapa jadual latihan telah diselaraskan. Tambahan, keluaran lagu baharu oleh BTS turut dijangka, bagi konsert akan datang ini.

Butiran lanjut tentang tempahan konsert secara bersemuka, penstriman dalam talian dan tiket tontonan langsung di teater, akan diberikan dalam notis berasingan di kemudian hari di aplikasi Weverse BTS. Siap sedia ARMY!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...