Ikuti Kami:

BTS Pecah Rekod YouTube, Video Muzik ‘Dynamite’ Raih 101 Juta Tontonan Semasa Tayangan 24 Jam Pertama

BTS Pecah Rekod YouTube, Video Muzik ‘Dynamite’ Raih 101 Juta Tontonan Semasa Tayangan 24 Jam Pertama

Sekali sahaja buat kemunculan semula, pasti BTS akan mencipta pelbagai rekod baru, hebat kan?

Baru sahaja meriliskan sebuah single penuh dalam bahasa Inggeris bertajuk “Dynamite”, kumpuln yang dianggotai oleh 7 pemuda berbakat ini sudah pun berjaya mencipta sejarah di laman penstriman YouTube.

Video muzik rasmi untuk single tersebut berjaya meraih tontonan tertinggi untuk 24 jam tayangan pertamanya (101.1 juta). Sekaligus memecahkan rekod yang dicipta oleh BLACKPINK dengan “How You Like That” beberapa bulan lalu dengan rekod 86.3 juta tontonan.

bts dynamite cipta rekod youtube

Meskipun kiraan tontonan di laman YouTube selalunya tampil berbeza dengan jumlah sebenar, perkara yang sama terjadi pada single “Dynamite” ini. Pada awalnya, sebanyak 98.3 juta tontonan yang dicatatkan pada garisan 24 jam namun selepas kiraan semula, YouTube mengesahkan bahawa jumlah sebenar ialah 101.1 juta.

Bukan itu sahaja “Dynamite” juga mencipta rekod menerima tontonan paling ramai dalam sejarah untuk tayangan perdana di YouTube. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh BLACKPINK menerusi video muzik “How You Like That”.

Tahniah BTS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...