BTS Konsert di Malaysia, Angan-Angan Atau Bakal Jadi Kenyataan?

Image and video hosting by TinyPic Pastinya ramai yang ternanti-nantikan kedatangan gergasi Kpop ini ke Malaysia untuk mengadakan konsert. Adakah ia akan menjadi kenyataan? Pada tahun lepas memang sudah ada ura-ura untuk Malaysia mengadakan konsert BTS apabila YB Syed Saddiq membuat kenyataan yang beliau aku melakukan apa cara sekalipun untuk merealisasikannya. Kenyataan itu dibuat selepas CEO AirAsia Tony Fernandes yang berulang kali memuatnaik Instagram dan Twitternya nya menyatakan kemungkinan menjemput BTS ke Malaysia dalam siri jelajah mereka. “Am I going to bring BTS to Malaysia? Yes, I am! My wife is Korean… I am very confident that BTS will come to Bukit Jalil… I will do my best.” Klip ucapan Tony Fernandes semasa menyatakan akan membawa BTS ke Malaysia Namun impian peminat-peminat Kpop dan terutamanya BTS Army mungkin tidak menjadi kenyataan. Berdasarkan jadual jelajah konsert BTS 2019 seperti di bawah, Malaysia bukanlah salah satu destinasi mereka. Bahkan jadual padat tersebut menunjukkan tiket konsert yang akan diadakan pada bulan Jun jua kebanyakkannya sudah ‘sold out’. Jadual Jelajah Konsert BTS Walaupun BTS tidak hadir ke Malaysia berdasarkan jadual jelajahnya, peminat-peminat mereka boleh menyaksikan mereka secara ‘live’ di negara jiran kita. Mereka akan mengadakan konsert di Bangkok pada bulan 6 dan 7 April ini di sana sempena jelajah mereka. Sudah pastilah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan apabila dapat menyaksikan kumpulan Kpop nombor satu di Korea masa kini. Harapan peminat-peminat Malaysia semestinya agar jelajah BTS untuk pertengahan akhir tahun 2019 memuatkan  Malaysia sebagai salah satu destinati konsert mereka.

Leave a Reply