Ikuti Kami:

Rangkul 3 Anugerah, BTS Jadi Artis Asia Pertama Menangi Anugerah ‘Artist Of The Year’ Di AMA

Rangkul 3 Anugerah, BTS Jadi Artis Asia Pertama Menangi Anugerah ‘Artist Of The Year’ Di AMA

BTS telah memenangi anugerah Artis Terbaik, yang merupakan penghormatan terbesar di acara ‘American Music Awards’!

2021 ‘American Music Awards’ berlangsung di ‘Microsoft Theater’ di Los Angeles pada 21 November. BTS menghadiri majlis itu secara peribadi dan telah merangkul tiga anugerah yang dicalonkan untuk mereka, iaitu Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran, Lagu Pop Kegemaran untuk lagu “Butter” dan Artis Terbaik.

Untuk Artis Terbaik, BTS telah menentang Ariana Grande, Drake, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd. BTS telah menjadi artis asia pertama dalam sejarah yang memenangi Artis Terbaik di ‘American Music Awards’, dan ini juga menandakan tahun ketiga berturut-turut BTS memenangi anugerah Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran.

bts butter AMA 2021Diumumkan sebagai pemenang untuk Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran, BTS naik ke atas pentas untuk menerima trofi mereka. J-Hope berkata,

Terima kasih ARMY (nama kelab peminat BTS), dan terima kasih banyak AMA untuk ini. Selama tiga tahun berturut-turut, wow!

Untuk anugerah Artis Terbaik, RM berkongsi bahawa dia terlupa apa yang sepatutnya dia katakan, tetapi dia meneruskan dengan berkata,

Terima kasih AMA, kami benar-benar berbesar hati berada di pentas ini dengan artis yang luar biasa dan hebat. Kami sangat berbesar hati. Terima kasih.

RM menyambung ucapannya,

Empat tahun lalu, kami memberikan persembahan secara langsung buat pertama kali di AMA, dengan lagu ‘DNA’ dan kami terlalu teruja dan gementar pada masa itu. Dan ia adalah perjalanan yang panjang dan menakjubkan sejak itu, tetapi tiada siapa yang boleh bertaruh tentang kemungkinan kami berdiri di sini menerima anugerah ini. Kecuali kamu semua, ARMY. Kecuali anda semua. Tujuh budak lelaki dari Korea, disatukan oleh kecintaan terhadap muzik. Kami mendapat kasih sayang dan sokongan daripada semua ARMY di seluruh dunia. Semua ini adalah satu keajaiban. Serius, kami tidak akan mengambil mudah perkara ini. Terima kasih banyak-banyak. Kami sayang anda semua, kami ingin memberikan penghormatan ini kepada anda semua. Terima kasih HYBE, terima kasih kakitangan, semua orang.

BTS Artist Of The Year AMA 2021Suga menyampaikan ucapannya dalam bahasa Korea, berkata,

Kami membuat debut TV di A.S. empat tahun lalu di AMA, dan saya tidak tahu kami akan dapat menerima anugerah Artis Terbaik. Saya rasa ini semua terima kasih kepada ARMY, terima kasih ARMY!

Jung-kook berkongsi,

Kami hanya mahu menggembirakan orang ramai dengan muzik kami. Kami percaya bahawa anugerah ini membuka permulaan lembaran baharu kami. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami belajar bahawa setiap detik adalah berharga. Jadi pada 2022, kami mahu fokus pada…

Sambil tertawa, V mengambil alih mikrofon dan berkata,

Saya amat terharu dengan anugerah ini. Saya menghargai cinta anda. Terima kasih ARMY, terima kasih AMA. Terima kasih, we purple you!

Tahniah BTS & ARMY atas pencapaian ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...