Ikuti Kami:

BTS & Coldplay Akan Nyanyi Lagu ‘My Universe’ Buat Pertama Kali Di ‘American Music Awards’

BTS & Coldplay Akan Nyanyi Lagu ‘My Universe’ Buat Pertama Kali Di ‘American Music Awards’

BTS akan naik ke pentas dengan lebih daripada satu kolaborasi epik di ‘2021 American Music Awards’!

Pada 18 November, BTS dan Coldplay secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan membuat persembahan bersama pada majlis anugerah yang akan datang, yang akan diadakan hujung minggu ini di Los Angeles.

Persembahan lagu “My Universe” di ‘American Music Awards’ nanti merupakan kali pertama mereka mempersembahkan single hit mereka bersama-sama di atas pentas.

BTS sebelum ini mengumumkan awal bulan ini, bahawa mereka juga akan mempersembahkan lagu hit “Butter” dengan penyanyi rap Megan Thee Stallion, yang tampil pada campuran semula khas lagu yang dikeluarkan pada Ogos lalu, juga di acara yang sama.

‘2021 American Music Awards’ akan disiarkan pada 22 November ini jam 9 pagi waktu Malaysia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...