BTS Cipta Rekod Youtube Semasa Tayangan Perdana Video Muzik ‘ON’, Catat 10 Juta Tontonan Dalam Masa Sejam!

video muzik bts pecah rekod youtube

Kumpulan BTS sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi! Bukan sahaja diangkat sebagai kumpulan idola lelaki terbaik pada dekad ini di Korea bahkan nama mereka turut menjadi sebutan di persada antarabangsa!

Setelah mengecapi kejayaan yang manis menerusi album “Map Of The Soul: Persona” pada tahun 2019, kumpulan yang dianggotai oleh 7 orang lelaki berbakat itu kembali dengan naskhah terbaru iaitu “Map Of The Soul: 7”. Mula memberi sedikit gambaran mengenai inti pati album tersebut semasa meriliskan salah satu lagu didalamnya iaitu “Black Swan” pada bulan lepas, para peminat nyata teruja dengan konsep unik yang diketengahkan oleh BTS.

bts map of the soul:7

Setelah melihat persembahan secara langsung lagu utama daripada album “Map Of The Soul: 7” iaitu “ON” beberapa hari lepas di rancangan “The Tonight Show Starring Jimmy Fallon”, semua ARMY nyata melopong melihatkan kehebatan lagu tersebut.

Baru sahaja diriliskan video muzik kepada “ON” tetapi ianya sudah memecah pelbagai rekod kiri dan kanan. Antara rekod yang dicipta oleh mereka ialah jumlah penonton terbanyak semasa tayangan perdana video tersebut di saluran Youtube. Bukan itu sahaja, lagu “ON” berjaya merekodkan 10 juta tontonan dalam masa 1 jam 5 minit dan mengalahkan rekod yang dicipta mereka sendiri untuk jumlah tontonan video muzik “Boy With Luv” pada tahun lepas.

Hebat betul! Mesti ramai ARMY yang tak berhenti mainkan keseluruhan album “Map Of The Soul: 7” sejak ia diriliskan kan?

Sumber: Allkpop

Leave a Reply