Ikuti Kami:

BTS Bawa Pulang Anugerah Di ‘iHeartRadio’ Selama 6 Tahun Berturut-Turut

BTS Bawa Pulang Anugerah Di ‘iHeartRadio’ Selama 6 Tahun Berturut-Turut

Wah, BTS telah memenangi anugerah di ‘Anugerah Muzik iHeartRadio’ di Amerika Syarikat selama enam tahun berturut-turut. 

Terbaru, ‘Aungerah Muzik iHeartRadio 2023’ mengumumkan bahawa BTS telah memenangi dua anugerah di acara tersebut, iaitu bagi kategori “Muzik Video Terbaik” menerusi lagu “Yet To Come (The Most Beautiful Moment)” dan “Best Fan Army” yang dipegang oleh mereka selama enam tahun berturut-turut.

bts iheartradio 2023

Untuk maklumat, ‘Anugerah Muzik iHeartRadio’ ialah majlis anugerah muzik yang dihoskan oleh penyiar radio dalam talian Amerika Syarikat sejak 2014.

Sekadar info, BTS telah memenangi anugerah pertama mereka di iHeartRadio dalam kategori “Best Boy Band” dan “Best Fan Army” pada tahun 2018.

Tahniah BTS dan ARMY!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...