Ikuti Kami:

BSS (SEVENTEEN) Rasmi Jadi Wajah Pakar OPPO Reno, Sesuai Dengan Imej

BSS (SEVENTEEN) Rasmi Jadi Wajah Pakar OPPO Reno, Sesuai Dengan Imej

Siapa yang meminati K-Pop, tipulah kalau korang tak kenal BSS, iaitu subunit daripada salah satu kumpulan terkenal di Korea Selatan, SEVENTEEN betul tak? 

Kalau korang nak tahu, baru-baru ini jenama telefon pintar terkemuka global, OPPO telah mengumumkan secara rasmi pelantikan ahli BSS – SEUNGKWAN, DK dan HOSHI – sebagai Pakar OPPO Reno untuk pasaran APAC OPPO. Bestnya!

Menariknya, dengan pelantikan ini, ia menjadi titik permulaan era baru sinergi antara jenama telefon pintar peneraju industri serta artis Korea Selatan yang cukup terkenal dengan semangat dan tenaga yang membara! 

Ini membuatkan OPPO lebih berdedikasi untuk memupuk hubungan global, dalam masa yang sama menunaikan janji untuk memperluaskan lagi inovasi yang boleh diakses.

BSS rasmi jadi wajah OPPO Reno11 F 5G

BSS rasmi jadi wajah OPPO Reno11 F 5G

BSS rasmi jadi wajah OPPO Reno11 F 5G

Untuk korang yang baru nak mengenali BSS, mereka cukup terkenal dengan populariti lagu hit seperti “Just do it”, “Fighting (Feat. Lee Young Ji)”, dan “7 PM (Feat. Peder Elias)”. 

Disebabkan populariti yang luar biasa, kumpulan itu baru-baru ini memenangi Anugerah Persembahan Tahunan di Asian Artist Awards 2023, dan Lagu Digital Terbaik di 38th Golden Disc Awards. 

Tak dinafikan, tenaga keremajaan serta cinta yang tinggi terhadap mengekspresi diri daripada tiga ahli ini adalah imej yang tepat untuk mewakili ciri utama telefon pintar terbaharu OPPO, mencerminkan kualiti dinamik yang membezakan OPPO Reno11 F 5G dalam pasaran.

Menurut Presiden APAC OPPO, Andy Shi, siri OPPO Reno berbangga menjadi pakar potret, serta teruja untuk bekerjasama dengan BSS kerana ia bukan saja mengenai inovasi siri Reno, malah lebih kepada menyediakan alat yang bagus dalam mengekspresi kegembiraan.

BSS rasmi jadi wajah OPPO Reno11 F 5G

Untuk peminat BSS di luar sana, BSS ada merakam video kreatif kenangan menggunakan OPPO Reno11 F 5G dan menggunakan ciri utama termasuk Smart Image Matting dan AI Portrait Retouching. Omo, comelnya masing-masing!

 

 

Kalau korang suka ekspersikan kegembiraan dalam bentuk gambar dan video, OPPO Reno11 F 5G adalah telefon yang tepat sebab ia mempunyai Triple Camera Ultra-Clear 64MP dan paparan 120Hz AMOLED Borderless tau. Memang ngam sangat, lagi-lagi kalau pergi konsert!

BSS rasmi jadi wajah OPPO Reno11 F 5G

OPPO Reno11 F 5G akan tersedia secara rasmi di pasaran Malaysia pada 23 Mac 2024 dengan harga RM1399. Fulamak, berbaloi sangat dengan ciri yang ada!

Psst, kalau korang beli OPPO Reno11 F dari 23 Mac hingga 11 April 2024 di kedai yang disenaraikan di bawah akan layak menerima kotak hadiah bernilai RM169.

Kedai fizikal Kedai dalam talian
1. My OPPO Space

2. OPPO Brand Store

3. OPPO Authorised Dealers

4. Chain Store Partners

1. OPPO Official Online Store

2. OPPO Authorised Online Store

3. E-comm partners

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...