Ikuti Kami:

‘Bossam: Steal The Fate’ Dipuji Menarik, Rating Episod Perdana Cipta Rekod Baru Di Saluran MBN

‘Bossam: Steal The Fate’ Dipuji Menarik, Rating Episod Perdana Cipta Rekod Baru Di Saluran MBN

Siapa yang minat cerita bersejarah, pastinya tidak mahu terlepas drama terbaru lakonan Jung Il-woo iaitu “Bossam: Steal The Fate”.

Sinopsis

Drama ini membawa kisah seorang lelaki yang tanpa sengaja telah menculik seorang tuan puteri. Ba-woo (Jung Il-woo) merupakan seorang tukang padan yang mencari suami baru kepada janda yang tiada harapan untuk berkahwin semula. Semasa kecil, lelaki ini telah ditipu dek konspirasi seseorang. Walaupun dapat melarikan diri tetapi dia Ba-woo terpaksa menyorokkan identiti sebenarnya dan mula hidup dalam kemiskinan sejak daripada itu.

mbn bossam: steal the fate

Rating baik daripada permulaan

Mempunyai premis cerita yang menarik, rata-rata penonton memberikan reaksi yang positif terhadap episod awal “Bossam: Steal The Fate”. Malah ianya mencipta sejarah baru di MBN apabila episod awalnya meraih rating 3.132% di mana ia adalah rekod tertinggi bagi tayangan perdana mana-mana drama yang pernah ditayangkan di saluran itu.

mbn bossam: steal the fate

Jung Il-woo nyata tidak menghampakan apabila berkasi dalam drama bersejarah, jadinya anda jangan terlepas untuk menonton “Bossam: Steal The Fate” okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...