Meskipun disertai ramai bintang hebat, rancangan hiburan terbaru ini tak mampu untuk menarik perhatian penonton.
Pada awalnya, ramai yang teruja untuk menantikan tayangan “My Name is Gabriel” yang akan disertai selebriti popular seperti Park Bo-gum, Ji Chang-wook, Park Myung-soo, Yeom Hye-ran, Dex dan Gabee.
Untuk pengetahuan, program ini akan mengikuti ahli untuk melalui kehidupan asing orang lain di seluruh dunia, ketika tinggal di luar negara.
Namun selepas empat episod ditayangkan, ratingnya hanya kekal pada 1% dan tidak pernah melebihi 2%. Apa yang lebih merisaukan, ia terus mencatat penurunan ke 0.897% pada episod kelima, yang baru disiarkan pada 19 Julai lalu.
Melihat komen penonton, ada yang menyatakan bahawa kandungan program itu adalah membosankan dan ada juga yang mendakwa pasukan produksi kurang mempromosikan rancangan tersebut.
- Saya pernah tonton tapi ia tak seronok.
- Best la cerita ni, tak faham kenapa orang tak tengok.
- Mereka tak promote ke program ni? Saya pun tak tahu kat mana saya boleh menontonnya.
- Park Myung-soo kelakar!
- Saya tak faham konsep program ni. Bosan.
Kenapa agaknya tak dapat rating tinggi?