Ikuti Kami:

Bora Bekas Ahli SISTAR Dedah Realiti Sebenar Persahabatan Melalui Rancangan Hiburan

Bora Bekas Ahli SISTAR Dedah Realiti Sebenar Persahabatan Melalui Rancangan Hiburan

Baru-baru ini, Bo-ra bekas ahli SISTAR bercakap tentang rakan selebritinya.

Pada episod 30 Mei program MBN “Hokangs Malgo Skangs”, penyanyi SISTAR itu bertemu dengan So-you dan Kim Jong-min. Dalam episod itu, Bo-ra menyatakan bagaimana Kim Jong-min merupakan seorang yang ‘gila kerja’. Kata Bo-ra,

Mendengarkan anda, ia kelihatan seperti semua yang anda lakukan adalah bekerja.

Kim Jong-min membalas,

Walaupun pada hari cuti saya, saya berehat di rumah dan bersenam. Saya tidak kerap bertemu kawan.

sistar bora

Kemudian, Kim Jong-min bertanya kepada Bo-ra sama ada dia sering bertemu rakan-rakannya. Bo-ra menjawab tidak, dan dia turut mendedahkan ternyata rakan yang dia temui di pelbagai rancangan nampaknya tidak bertahan lama. Jelasnya,

Saya benar-benar tidak. Dahulu, apabila saya menghadiri banyak rancangan hiburan, saya akan bertemu dengan ramai orang, jadi saya mempunyai ramai kawan, tetapi seiring dengan berlalunya masa, mereka semua seolah-olah ditapis.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...