Ikuti Kami:

Boleh Tahu Orang Menipu Atau Ada Kuasa Supernatural? 3 K-Drama Di Viu Ni Confirm Buat Korang Nak Ada Power

Boleh Tahu Orang Menipu Atau Ada Kuasa Supernatural? 3 K-Drama Di Viu Ni Confirm Buat Korang Nak Ada Power

Perasan tak sekarang ni banyak betul drama Korea yang intense kan? Sampai kita yang penonton ni pun ikut sakit hati. Untuk kurangkan sikit ketegangan on-going drama yang korang tengah layan, ni 3 drama fantasi-realiti yang korang boleh layan di Viu. 

Sedikit spoiler, mungkin ada di antara drama yang kami cadangkan ni boleh buat adrenalin korang naik, tapi disebabkan ia sedikit fantasi so korang masih lagi boleh enjoy!

Durian’s Affair

(Pssstt.. Cerita ni tiada kaitan dengan buah durian)

Drama ini mengisahkan pengembaraan ke masa hadapan Du Ri-an (Park Joo-mi) dan Kim So-jo (Da-yeon) yang mempunyai hubungan sebagai ibu mertua dan menantu (semasa Dinasti Chosun). 

Semasa di Dinasti Chosun, Du Ri-an telah berkahwin dengan lelaki dari keluarga bangsawan Park, namun dia sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan pelayan lamanya Dol-se (Kim Min-jun) sehingga mempunyai anak bernama Park On (Jung-hoo).

Suatu hari tragedi malang berlaku, Dol-se telah mengorbankan dirinya, demi cinta pada Du Ri-an. Kim So-jo dan Park On pula telah dijodohkan dan jatuh cinta pandang pertama pada hari pernikahan mereka.

Tapi nampaknya nasib malang terus bersama Du Ri-an apabila anaknya Park On pula meninggal dunia. Entah bagaimana, dua orang perempuan yang dalam kesedihan ni tanpa sedar telah mengembara ke masa hadapan semasa terjadinya gerhana dan muncul dalam keluarga ‘chaebol’ Dan. Lebih plot twist, mereka menyedari yang kedua-dua lelaki yang mereka cintai telah dilahirkan semula dalam famili Dan ini.

Nak tau apa pula drama yang bakal berlaku dan adakah cinta akan berputik kembali? Korang boleh saksikan Durian’s Affair  secara eksklusif di Viu.

Miraculous Brothers

Drama ini mengisahkan seorang pengarang Yook Dong-ju (Jung Woo) yang bersimpul takdir dengan seorang pemuda misteri bernama Kang San (Bae Hyun-Sung).

Nasib Dong-ju ni agak malang kerana walaupun dah tujuh tahun menamatkan pengajian di universiti, namun dia belum pernah menerbitkan satu buku pun. Lagi tragis, hidup dia dibelenggu dengan hutang dan mak yang bermasalah. 

Bagi meneruskan hidup, Dong-ju bekerja sambilan dan pada masa yang sama masih menulis novel.

Satu hari, entah macam mana Kang San tiba-tiba muncul depan Dong-ju. Tetapi dia hilang ingatan dan tak dapat mengingati apa-apa termasuklah nama dan umurnya. Misterinya, Kang San mempunyai ‘kuasa’ di mana dia boleh boleh membaca isi hati orang. 

Secara tak sengaja, Kang San mengetahui tentang isi hati Dong-ju. Disebabkan Kang San juga, Dong-ju terlibat dan membantu mereka  yang sedang dalam kesakitan dan putus asa.

Lovely Liar

Dalam banyak-banyak drama ini paling kami tunggu, My Lovely Liar yang bertemakan misteri-romantik lakonan Kim So Hyun dan Hwang Min Hyun.

My Lovely Liar mengisahkan seorang wanita, Mak Sol Hee (Kim So Hyun) yang tak mempercayai orang lain kerana mempunyai kemampuan untuk mengetahui kebohongan orang lain.

Satu hari, Sol Hee berjumpa dengan jirannya, Kim Do Han (Hwang Min Hyun) seorang penerbit muzik genius. Do Han menyembunyikan identiti sebenar dan wajahnya kerana sesuatu yang terjadi pada masa silam.

Tapi kemampuan Sol Hee seakan terbatas apabila berdekatan dengan Do Han kerana dia tak dapat nak detect sama ada pemuda itu berbohong atau sebaliknya. Bagaimana kisah cinta mereka tersimpul? Korang boleh saksikan di aplikasi Viu bermula Julai ini.

Download Viu & Saksikan K-Drama Favourite Anda Di Viu

Onz teruk K-drama terbaru dekat aplikasi Viu Julai ni. Korang jangan tangguh lagi, download aplikasi Viu sekarang untuk saksikan seleksi drama terbaik dari Korea.

Nak maklumat lanjut, korang boleg layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial mereka di Instagram, TikTok, Twitter dan Facebook serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...