Ikuti Kami:

“Boleh Ke Buat Goo Hara Macam Ni?” – Netizen Terus Persoal Hubungan Cinta Hyuna & Junhyung

“Boleh Ke Buat Goo Hara Macam Ni?” – Netizen Terus Persoal Hubungan Cinta Hyuna & Junhyung

Berita hubungan antara Hyuna dan Yong Jun-hyung mendapat reaksi buruk dari netizen.

Baru-baru ini, kedua selebriti itu mengumumkan secara tidak langsung mengenai hubungan mereka selepas memuat naik foto berpegangan tangan di laman Instagram masing-masing.

Pun begitu, rata-rata netizen mengecam Hyuna kerana memilih untuk menjalinkan hubungan bersama individu yang turut terpalit dengan kes Burning Sun dahulu di mana Yong Jun-hyung mengakui ada menerima video rakaman haram seksual milik Jung Joon-young.

Malah, lelaki itu mengakui bahawa dia bersalah kerana tidak menegur perbuatan itu meskipun ia merupakan satu jenayah berat. Selepas pendedahan berkenaan, Yong Jun-hyung meninggalkan BEAST (HIGHLIGHT kini) dan terus bergerak solo.

hyuna junhyung

Komen netizen mengenai Hyuna yang sepertinya tidak berfikir panjang, “Kerana sahabat Hyuna, mendiang Goo Ha-ra, adalah mangsa video hubungan seksual haram… Bukan hanya kerana dia bekas kekasih Jun-hyung juga, tetapi dia juga seorang rakan yang mati akibat jenayah serupa, kelihatan Yong Jun-hyung bukan pilihan yang sesuai,” dan “Yong Jun-hyung meminta kita melihatnya dengan baik, tetapi memang tidak boleh kerana dia kotor.”

Untuk pengetahuan, Yong Jun-hyung pernah menjalinkan hubungan dengan Goo Ha-ra sekitar tahun 2011 namun berpisah akhirnya. Manakala mendiang pula membuat keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri pada 2020 apabila dia menjadi mangsa kekasih, Choi Beom-jun yang mengugut mahu menyebarkan rakaman hubungan seks mereka.

Kenapalah dengan Hyuna..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...