Ikuti Kami:

“Boleh Beli Queens Group..” – Pelakon Paling Mahal Di Korea, Nilai Aset Kim Soohyun Dilapor Cecah Lebih Ratusan Juta

“Boleh Beli Queens Group..” – Pelakon Paling Mahal Di Korea, Nilai Aset Kim Soohyun Dilapor Cecah Lebih Ratusan Juta

Kim Soo-hyun telah membuktikan kekayaannya sebagai salah seorang pelakon Korea dengan bayaran tertinggi.

Menurut laporan media pada 25 April, jumlah aset milik Kim Soo-hyun bernilai lebih 30 bilion won (RM 104 juta).

Kini, pelakon “Queen Of Tears” itu memiliki 3 hartanah, termasuk rumahnya di Galleria Forêt di Seongsu-dong. Kim Soo-hyun pada mulanya telah membeli kediaman seluas 217 meter persegi itu pada Oktober 2013 dengan harga 4.02 bilion won (RM 13.9 juta).

Pada Mei 2014, Kim Soo-hyun telah didapati membeli kediaman seluas 170 meter persegi di Seoul Forest Trimage dengan harga 3.02 bilion won (RM10.5 juta). Pelakon itu kemudiannya membeli sebuah lagi penthouse peribadi yang bernilai 8.8 bilion won (RM30.5 juta) pada Januari 2024.

kim-soohyun-house

Menurut nilai pasaran semasa bagi ketiga-tiga hartanah tersebut, nilai kesemua aset milik pelakon itu dianggarkan berjumlah 28 bilion won (RM97 juta) sehingga 30 bilion won (RM104 juta).

Aset Kim Soo-hyun dah saing-saing “Queens Group” dah ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News 1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...