Tak dinafikan BLACKPINK antara kumpulan yang paling banyak menyumbang kepada YG Entertainment.
Terbaru, agensi telah mengeluarkan koleksi barangan eksklusif yang akan dijual ketika konsert jelajah BLACKPINK ‘DEADLINE’, bermula Julai nanti.
Antara barang yang boleh dibeli peminat adalah t-shirt, topi, tuala dan banyak lagi.
No effort at all even for official tour merchandise. And they are even selling plastic bags with BLACKPINK logo for almost 20 usd? @ygent_official has been bragging that “new great team” in charge of BLACKPINK, yet it’s all the same trash releases aiming to milk fans pic.twitter.com/P66tKQ2fbO
— 엘라 ✨ (@Mhannwella) June 19, 2025
Namun, peminat nampaknya tidak berpuas hati dengan design semua barangan tersebut, yang dianggap tiada effort dan dicipta hanya untuk syarikat ‘buat duit’.
Tambahan pula, harga yang dijual juga agak keterlaluan untuk reka bentuk yang terlalu basic, sehingga mencecah RM143. Komen peminat kecewa,
- Syarikat besar tapi staf semua takde idea.
- Peminat mesti boleh buat lagi cantik dari ni.
- Boikot boikot jangan beli!
Sementara itu, BLACKPINK akan memulakan konsert jelajah mereka pada 5 Julai nanti di Stadium Goyang.