Utama Gossip Bocor Kos Produksi Beberapa Siri Termasuk ‘Squid Game’, Staf Laman Penstriman Dipecat

Bocor Kos Produksi Beberapa Siri Termasuk ‘Squid Game’, Staf Laman Penstriman Dipecat

netflix squid game

“Squid Game” nampaknya masih lagi menjadi rebutan ramai kerana berjaya mencipta sejarah baru bagi Netflix.

Kalau anda nak tahu, laman penstriman itu melabur sebanyak 25.3 bilion won (RM88.9 juta) untuk 9 episod “Squid Game” manakala 28.5 bilion won (RM100.2 juta) untuk rancangan “The Closer”. Walaupun siri dari Korea itu mencipta nama di dunia, rancangan dihiskan oleh Dave Chappelle itu mula dilanda kontroversi kerana menampilkan topik sensitif di Amerika Syarikat iaitu transphobia.

Disebabkan oleh itu, seorang staf Netflix yang membocorkan ‘maklumat rahsia dan sensitif buat komersial’ mengenai rancangan “The Closer” dan juga “Squid Game” telah pun diberhentikan, menurut seorang jurucakap Netflix.

david chappelle the closer

Siri lakonan Lee Jung-jae itu dinilai sebagai ‘menjimatkan kos’ disebabkan oleh maklumat yang bocor itu. Bagi setiap episodnya, ia menerima pelaburan sebanyak 2.8 bilion won (RM2.8 juta) di mana ianya lebih kurang daripada siri popular seperti “Stranger Things” dengan 9.5 bilion won (RM33.4 juta) dan “The Crown” dengan 11.9 bilion won (RM41.8 juta). Ternyata Netflix membuat untung yang banyak dengan “Squid Game” memandangkan kepopularitiannya menjengah seluruh dunia.

Netflix melaburkan jumlah yang kecil buat ‘Squid Game’ tapi akhirnya mendapat tuah. Di dalam era di mana kos program TV meningkat dek persaingan leman penstriman, ‘Squid Game’ dihasilkan pada kos yang rendah.

Dahsyat betul jumlah yang dibelanjakan buat siri ini semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMyDaily
Loading...