Tidak semena-mena, Bobby dari kumpulan iKON dikatakan bakal meninggalkan agensinya.
Pada 15 November, Bobby dilapor telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama YG Entertainment.
Bukan itu sahaja, penyanyi rap kumpulan iKON itu juga turut didakwa akan meninggalkan agensi berkenaan, selepas kontraknya tamat.
Tidak lama kemudian, YG Entertainment terus menafikan laporan tersebut dengan memberitahu,
Laporan berkaitan tamatnya kontrak Bobby adalah palsu.
Tambahan, Bobby juga masih setia menjalinkan kerjasama dengan YG Entertainment setakat ini.
Fuhh..