Ikuti Kami:

BLACKPINK Umum Tidak Akan Terima Hadiah Dari Peminat

BLACKPINK Umum Tidak Akan Terima Hadiah Dari Peminat

Pada 12 Oktober, YG Entertainment iaitu agensi kepada kumpulan BLACKPINK telah mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan popular tersebut kini tidak lagi akan terima sebarang hadiah daripada peminat.

Hello, ini adalah pengurus yang bertanggungjawab atas kelab peminat sokongan BLACKPINK.

Kami ingin membuat pengunguman mengenai sokongan peminat untuk yang sentiasa menyokong BLACKPINK dan yang amat kami syukuri.

Tahun ini, BLACKPINK telah menyambut ulang tahun debut yang ke-5 dan sekali lagi telah menerima banyak ucapan daripada peminat. Setelah ahli BLACKPINK berbincang dengan teliti mengenai isu sokongan peminat dan hadiah yang telah diberikan buat mereka selama ini, kami harus membuat keputusan yang sukar ini.

Kami dengan rasa penuh hormat, kini tidak akan lagi menerima sokongan peminat dalam bentuk hadiah, yang dihantar untuk meraikan majlis khas BLACKPINK (ulang tahun debut, ulang tahun solo atau ulang tahun), siaran (rancangan muzik, rancangan radio, atau rancangan pelbagai lain), atau konsert (makanan ringan, karangan bunga perayaan).

Kami akan lebih berterima kasih sekiranya hadiah serta wang yang digunakan untuk menyokong kami itu, diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Selain surat yang diberikan oleh peminat, sila ingat bahawa sokongan dalam bentuk hadiah akan kami kembalikan semula atau dibuang.

Polisi ini akan mula digunapakai mulai 12 Oktober 2021.

Berkat sokongan peminat mereka, BLACKPINK akan terus melakukan pelbagai aktiviti yang lebih luas pada masa akan datang, dan mereka akan bekerja keras untuk menjadi artis yang lebih hebat. Teruskan menyokong mereka dengan penuh minat dan cinta.

Terima kasih.

blackpink giftMenurut kenyataan tersebut, anggota BLACKPINK telah berfikir dan berbincang mengenai masalah ini, dan walaupun mereka menghargai sokongan tulus, mereka akan lebih berterima kasih sekiranya dana yang digunakan oleh peminat akan disumbangkan untuk perbuatan baik untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.

Hanya surat tulisan tangan yang akan diterima di alamat khusus yang disediakan oleh YG Entertainment, dan peminat akan diberitahu setelah surat-surat itu tiba di sana.

Ini pasti bukan suatu keputusan yang mudah buat BLACKPINK…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...