Ikuti Kami:

BLACKPINK Sambut Ulang Tahun Debut Ke-6 Kumpulan Bersama Peminat

BLACKPINK Sambut Ulang Tahun Debut Ke-6 Kumpulan Bersama Peminat

Pejam celik pejam celik, sudah 6 tahun BLACKPINK berada dalam industri hiburan.

Pada 8 Ogos hari ini, BLACKPINK telah menyambut ulang tahun debut ke-6 kumpulan.

Membalas jasa peminat yang setia bersama sejak awal, keempat-empat ahli kumpulan itu meluahkan rasa teruja dan syukur mereka menerusi entri di Instagram.

jisoo blackpink

Ji-soo menulis,

Selamat ulang tahun ke-6! BLACKPINK kesayangan saya selama-lamanya!

jennie blackpink

Jennie berkongsi rasa terujanya dan turut mendedahkan sesuatu pada peminat,

Hari ini hari lahir kita. Selamat ulang tahun ke-6 kepada BLACKPINK & Blinks. Lebih banyak berita baik akan datang untuk semua orang!

rose blackpink

Rosé meluahkan perasaan seronoknya dapat menyambut ulang tahun debut ke-6 BLACKPINK bersama peminat dengan menulis,

Kepada ahli BLACKPINK yang saya sayangi!! Selamat menyambut ulang tahun ke-6 kami. Sepanjang tahun kami menghabiskan latihan bersama, dan 6 tahun yang kami habiskan untuk mempromosikan bersama selepas penampilan sulung kami, saya berkongsi banyak kenangan dengan anda dan belajar banyak perkara. Terima kasih kerana menjadi ahli saya dan keluarga saya. Saya sentiasa kekurangan, tetapi tolong jaga saya baik-baik mulai sekarang juga. Saya sayang awak, BLACKPINK!!! Kepada Blinks kami yang sentiasa berada di sisi kami dan dalam pasukan kami, menceriakan kami, apa yang saya ada untuk anda adalah kesyukuran yang tidak terhingga TT. Saya berterima kasih atas setiap kenangan yang kami buat bersama sebagai BLACKPINK + Blink pada ulang tahun ke-6 ini, yang membuatkan saya tidak sabar untuk mengingati banyak lagi kenangan yang akan kami buat bersama pada masa hadapan. Terima kasih! Selamat ulang tahun ke-6!

lisa blackpink

Ahli termuda BLACKPINK iaitu Lisa turut menyatakan perasaannya,

Tidak boleh hidup tanpa gadis-gadis ini. Selamat ulang tahun ke-6 BLACKPINK. Tahun ini akan menjadi satu lagi tahun BESAR untuk kita. Sayang awak.

Dalam pada itu, BLACKPINK akan mengeluarkan single pra-keluaran “Pink Venom” pada 19 Ogos ini.

Selamat ulang tahun ke-6 BLACKPINK!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...