BLACKPINK Kumpulan Wanita K-Pop Pertama Dalam Sejarah Debut No.1 Di Carta Billboard 200
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
BLACKPINK sekali lagi telah mencipta sejarah baru dengan album “BORN PINK”!
Terbaru pada 26 September, Billboard mengumumkan bahawa album baru BLACKPINK “BORN PINK” berjaya debut di No.1 dalam carta Album 200 Teratas, yang menyenaraikan album paling popular di Amerika Syarikat.
Kini, BLACKPINK menjadi artis K-Pop wanita pertama dalam sejarah yang pernah mengungguli carta Billboard 200, dan kumpulan wanita pertama di dunia yang mencapai No. 1 dalam carta tersebut, sejak 2008.
.@BLACKPINK is the first female group to simultaneously debut at #1 on the US and UK albums charts since Destiny's Child in 2001.
— chart data (@chartdata) September 25, 2022
Menurut Billboard, “BORN PINK” telah berjaya berada di No.1 dalam carta Penjualan Album Teratas dengan minggu jualan ketujuh terbesar di mana-mana album pada 2022, dengan menjual 75,500 salinan.
Tahniah BLACKPINK!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




