Wow banyaknya!
BLACKPINK yang juga merupakan salah satu kumpulan K-Pop wanita yang terkenal sekali lagi berjaya meraih perhatian dunia selepas menjana lebih RM1.4 bilion menerusi konsert jelajah dunia mereka.
Kumpulan itu baru sahaja menghabiskan konsert jelajah dunia mereka iaitu “BORN PINK” dari Oktober 2022 hingga September 2023. Di mana, jelajah dunia itu terdiri daripada 66 persembahan di 34 bandar di 22 negara di seluruh dunia termasuk Seoul, Amerika Syarikat, Mexico dan Australia.
Menurut media Amerika, konsert jelajah “BORN PINK” telah memperoleh kira-kira RM1.2 bilion dengan hanya 56 daripada 66 persembahan. Malah, anggaran 1.5 juta penonton telah menghadiri ke semua 56 persembahan dan mereka telah menjana purata kira-kira RM21.6 juta di setiap konsert.
