BLACKPINK terus cipta fenomena! Mereka terus membuktikan mereka sememangnya layak untuk berada di peringkat global.

Dua hari lalu, BLACKPINK makin menjadi sebutan apabila single pra-pelancaran mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Perkara itu terbukti apabila, “Pink Venom” kini menduduki tempat pertama dalam carta muzik global menerusi platform Spotify.
Dengan menduduki tempat pertama dalam carta global di Spotify, BLACKPINK telah menaikkan lagi nama industri K-Pop. Ini kerana lagu mereka merupakan lagu Korea dari kumpulan wanita pertama yang berjaya meraih kedudukkan itu dalam sejarah Spotify, selepas lagu “Dynamite” oleh BTS pada tahun 2020.Bukan itu sahaja, lagu “Pink Venom” juga berjaya meraih sebanyak 120 juta jumlah tontonan dalam masa 2 hari sahaja ianya dilancarkan menerusi platform Youtube.
Tahniah BLACKPINK atas pencapaian ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.