BLACKPINK Dilapor Akan Comeback Jun Ini, YG Entertainment Beri Respon
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
YG Entertainment telah mengesahkan bahawa BLACKPINK akan membuat kemunculan semula!
Pada 26 April, saluran berita Korea Sports Donga melaporkan bahawa menurut orang dalam industri, BLACKPINK sedang bersedia untuk kembali dengan album baharu seawal bulan Jun ini. Berikutan itu, YG Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi,
Jadual kemunculan semula BLACKPINK belum diputuskan lagi. Bagi kemunculan semula pada bulan Jun, ramai orang hanya membuat spekulasi, tetapi ia belum diumumkan secara rasmi.
Tambah YG,
Namun, memang benar mereka sedang membuat persiapan untuk kemunculan semula. Apabila jadual terperinci keluar pada masa akan datang, kami akan memberitahu anda data rasmi.

Dalam pada itu, BLACKPINK kali terakhir mengeluarkan muzik baharu pada tahun 2020 dengan lagu “Lovesick Girls”.
Sabar tau BLINK!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




