Nampaknya, Kim Ji-eun makin sibuk dalam dunia lakonan kini.
Penonton setia drama Korea pastinya akan perasan bahawa Kim Ji-eun aktif menemui peminat menerusi pelbagai naskhah sejak kebelakangan ini.
Khususnya pada September 2021, Kim Ji-eun bergandingan dengan Namgoong Min dalam “The Veil”, sebuah drama aksi blockbuster di mana Namgoong Min membawa watak Han Ji-hyuk, seorang ejen lapangan elit di NIS (National Intelligence Service). Disebabkan oleh rekodnya yang sempurna dan berbakat dalam menyelesaikan misi, lelaki itu dinamakan sebagai ejen teratas dan sering diidolakan oleh rakan sekerjanya.
Kemudian pada April 2022, pelakon itu menghidupkan keserasian bersama Lee Jun-ki menerusi “Again My Life”, yang telah berjaya mencatat rating tinggi sepanjang tayangan. Bagi yang belum tahu, drama tersebut mengikuti Kim Hee-woo, seorang pelajar sekolah menengah yang gred akademiknya agak teruk. Melalui kerja keras, Kim Hee-woo berjaya memasuki universiti dan akhirnya lulus peperiksaan peguam.
Dalam “Again My Life”, Kim Ji-eun berjaya membawa wataknya sebagai Kim Hee-ah, pewaris bongsu kepada CEO Kumpulan Cheonha yang merupakan seorang bijak pandai. Dia sangatlah sempurna serta, dan bakal menunjukkan minat buat watak lakonan Lee Jun-ki, Kim Hee-woo.
