Ikuti Kami:

Bintang Antarabangsa Seperti Neymar, J Balvin Dilihat Memakai Kasut NIKE Hasil Inspirasi G-Dragon!

Bintang Antarabangsa Seperti Neymar, J Balvin Dilihat Memakai Kasut NIKE Hasil Inspirasi G-Dragon!

G-Dragon sememangnya merupakan figura yang terkenal dalam dunia hiburan K-Pop. Memulakan aktiviti seninya di bawah kumpulan BIG BANG tetapi dia juga dikenali ramai kerana aktiviti solonya yang sentiasa menjadi buah mulut orang. Lelaki berusia 31 tahun ini merupakan seorang yang sangat dihormati ramai kerana mempunyai bakat dalam nyanyian, tarian, gubahan lagu, penulisan lirik dan stail fesyen yang sentiasa menjadi ikutan ramai.

Menguatkan lagi kenyataan bahawa dia merupakan seorang ‘trend’, baru-baru ini penyanyi rap ini telah mengeluarkan design kasut bersama Nike dan dipanggil sebagai “Para-Noise”. Popular teruk kolaborasi ini kerana pada hari pertama ia dijual di Seoul, sudah kelihatan ramai peminatnya yang beratur di luar kedai bagi memiliki kasut hasil tangan G-Dragon itu.

nike para-noise g-dragon

Bukan sahaja para peminat, bahkan ramai artis terkenal di Korea pun turut mengenakannya sejurus selepas ia dikeluarkan secara rasmi. Ramai artis antarabangsa juga sudah pun memiliki kasut “Para-Noise” ini. Hebat gila penangan GD!

Pemain bola sepak Brazil Neymar

nike para-noise g-dragon

Pemain bola sepak Perancis Kylian Mbappé

nike para-noise g-dragon

Penyanyi rap Trinidad James

nike para-noise g-dragon

Penyanyi terkenal J Balvin

nike para-noise g-dragon

Penyanyi popular China Jay Chou

nike para-noise g-dragon

Sesungguhnya tiada siapa dapat menidakkan populariti G-Dragon. Tak peliklah bila ramai yang cakap bahawa “G-Dragon” itu sebenarnya adalah jenama sendiri! Apa sahaja yang disentuhnya, pasti akan terjual laris dan menjadi rebutan ramai. Impak yang menakjubkan!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...