Ikuti Kami:

“Bila Saya Buka Pintu Rumah, Dia..” – Gong Hyojin Kongsi Cerita Dilamar Suami, Kevin Oh

“Bila Saya Buka Pintu Rumah, Dia..” – Gong Hyojin Kongsi Cerita Dilamar Suami, Kevin Oh

Kejap je kan masa berlalu, Gong Hyo-jin dan Kevin Oh pun dah lebih 2 tahun mendirikan rumah tangga.

Baru-baru ini, Gong Hyo-jin telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube ‘Zzanbro’, di mana dia ada berkongsi tentang bagaimana Kevin Oh melamarnya dahulu. Ceritanya,

Dia meminta saya untuk berjalan-jalan dengan anjing saya ketika kami pergi bermain di Sungai Bukhan. Suami saya beritahu dia ada beli kamera baru dan ingin mencubanya dengan merakam saya. Tetapi tiba-tiba dia bertanya’ Awak nak kahwin dengan saya tak?’ tanpa menyediakan cincin atau apa-apa. Jadi, saya suruh dia buat lagi.

Sambung wanita itu,

Tetapi apabila kami sampai di rumah, dia sebenarnya melamar. Dia telah menaburkan kelopak bunga dan meletakkan 10 kad dengan cerita semasa dalam perjalanan naik ke rumah. Semasa saya membacanya satu persatu, saya mula menangis. Dia sangat pandai menulis.

gong hyojin

Kongsi Gong Hyo-jin lagi terharu,

Apabila saya membuka pintu rumah, dia berikan cincin kepada saya. Kekecewaan tadi adalah sebahagian daripada rancangannya. Saya terus menangis bila melihat cincin itu.

Sweet sangat la Kevin Oh ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Edaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...