Meskipun Kim Soo-hyun tegas menafikannya, keluarga Kim Sae-ron telah tampil dengan lebih banyak bukti bahawa mereka bercinta ketika mendiang masih di bawah umur.
Terbaru pada 27 Mac, Bu Ji-seok sebagai wakil peguam sah keluarga Kim Sae-ron telah mengadakan sidang akhbar, mendedahkan mesej teks di antara mendiang dan Kim Soo-hyun pada Jun 2016.
Dalam mesej yang didedahkan, kedua-dua mereka jelas sedang bermesra, membuktikan kenyataan yang Kim Soo-hyun bercinta dengan Kim Sae-ron ketika dia baru berusia 17 tahun.
Selain menhantar emoji love dan ciuman, terdapat juga teks di mana lelaki itu meluahkan bahawa dia ingin memegang Kim Sae-ron untuk tidur. Mesejnya berbunyi,
KSR: Saya tidak akan bangun.
KSH: Ya, awak tidak akan sedar walaupun saya mencium awak.
KSR: Saya tidak akan mencium awak walaupun awak melakukannya beberapa kali. Yay.
KSH: Bilakah saya boleh memegang awak dan tertidur? Saya rasa saya boleh tidur dengan lena sekali.
KSR: Ya, saya akan membenarkan awak melakukannya.
Sebelum ini, Kim Soo-hyun mengaku bahawa memang benar dia pernah bercinta dengan Kim Sae-ron, tetapi bukan ketika mendiang masih di bawah umur. Mengenai ini, peguam Bu Ji-seok mempersoalkan,
Jika ini bukan hubungan percintaan, jadi apakah jenis hubungan ini? Saya ingin bertanya kepada Kim Soo-hyun.
Setakat ini, pihak Kim Soo-hyun masih belum mengeluarkan sebarang respon.