Ramai yang sokong hubungan antara Shin Min-ah dan Kim Woo-bin kan?
Terbaru, agensi wanita itu telah berkongsi video wanita berkenaan yang berpakaian pengantin untuk promosi drama terbarunya “No Gain No Love”.
Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat visual Shin Min-ah yang kekal anggun meskipun sudah menjangkau usia pertengahan 30-an kini.
Tak kurang juga ramai bertanya bilakah mereka dapat melihat wanita itu memakai gaun pengantin sebenar di atas pelamin bersama kekasihnya, Kim Woo-bin dalam dunia realiti,
Bila nak buat versi sebenar bersama Kim Woo-bin?
View this post on Instagram
Dalam pada itu, “No Gain No Love” yang turut menampilkan Kim Young-dae sebagai teraju utama bakal memulakan tayangan pada 26 Ogos ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.