Selepas 16 tahun debut sebagai pelakon, Park Sung-hoon akhirnya telah berjaya menempa nama dalam dunia lakonan.
Baru-baru ini, Park Sung-hoon telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana pelakon itu ada menceritakan tentang kehidupan susahnya sebelum popular.
Pada awalnya, lelaki itu menafikan bahawa dia datang dari keluarga kaya dan menjelaskan dia terpaksa hidup dalam kemiskinan sewaktu zaman sekolah menengah kerana ayahnya kehilangan kerja. Walaupun dah 10 tahun debut, Park Sung-hoon mendedahkan,
Pada mulanya saya hanya memperoleh 50,000 won (RM173) setahun. Pada masa itu, saya tinggal di bilik bawah tanah seperti yang dalam filem ‘Parasite’ selama kira-kira 7 tahun. Pada musim hujan apabila air mengalir, sukar untuk cedok air, jadi saya rendam selimut kapas dengan air hujan dan sendukkan.
Di ending acara, dia ngomong sambil nangis:
“Ayah, ibu, putra bungsu kalian
yang selalu bikin khawatir telah tumbuh menjadi aktor yang menerima dukungan dari banyak orang, dan bahkan muncul di ‘You Quiz.’ Terimakasih telah membesarkan putramu yang lemah, introvert, dan pemalu… pic.twitter.com/1ox9QnDGU5— UPDATE KDRAMA NEWS (@infodrakor_id) May 1, 2024
Kemudian sambil menangis, Park Sung-hoon turut meninggalkan mesej buat keluarganya,
Mak dan ayah, anak bongsu yang sentiasa kamu risau ini telah berkembang menjadi seorang pelakon yang mendapat sokongan dari orang ramai, malah muncul di ‘You Quiz on the Block’. Terima kasih kerana membesarkan anak lelaki awak yang lemah dan pemalu. Terima kasih kepada awak, saya dapat kerja keras suntuk mencapai matlamat saya.
Semoga Park Sung-hoon terus maju jaya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.