Ikuti Kami:

“Bila Lah Saya Nak Popular..” – Lee Sangyeob

“Bila Lah Saya Nak Popular..” – Lee Sangyeob

Dalam episod terbaru “The Sixth Sense 3”, penari terkenal iaitu Noze dan Aiki telah dijemput sebagai tetamu bagi menjalani misi meneka yang palsu bersama ahli lain.

Meskipun mengumumkan bahawa tidak akan menyertai musim kali ini kerana kekangan jadual namun Jun So-min sekali lagi menyertai episod program itu. Jawab Yoo Jae-suk apabila Jessi bertanya sama ada pelakon itu sudah kembali menyertai mereka,

Bukan seperti itu tapi dia mengatakan terdapat masa terluang di antara jadual penggambaran dramanya.

tvn the sixth sense 3

Dalam pada itu, ahli “The Sixth Sense” bertanyakan mengenai Noze yang menempa nama selepas muncul di dalam program “Street Woman Fighter”,

Saya sedikit sibuk tapi saya cuba mencari ketenangan minda berbanding ketika muncul dalam ‘Street Woman Fighter’.

Jawab Oh Na-ra berseloroh,

Apa pun, buih (populariti) itu akan tamat dalam masa dua bulan.

oh nara the sixth sense

Usik Yoo Jae-suk,

Bagus, komentari awak semakin tegas.

Jessi juga memberikan nasihat yang sama,

Semua patut melakukannya ketika waktu itu tiba kerana ianya tak kan kekal lama.

Tanya Lee Sang-yeob sepi,

Bila masa emas (populariti) saya akan tiba?

lee sangyeob the sixth sense

Balas Yoo Jae-suk,

Buih awak belum sampai lagi. Tiada lagi buih, tunggu sahaja masa yang sesuai.

Fighting Lee Sang-yeob!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...