Siapa sangka kan, dari 5 ahli, BIGBANG kini hanya tinggal 3 ahli sahaja.
Baru-baru ini, G-Dragon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle Korea, menceritakan tentang perkembangan terkininya dan pelbagai lagi.
Ketika sesi temu bual, lelaki itu juga turut berkongsi tentang status BIGBANG kini. Jawabnya,
Ahli kami? Ah..sekarang kami hanya bertiga.
Kongsinya lagi,
Bila kami jumpa, kami tak cakap tentang situasi yang sedang berlaku sekarang.
Sementara itu, G-Dragon berkongsi bahawa dia sedang bersemangat membuat persiapan untuk keluaran album solonya dan meminta jangkaan tinggi dari orang ramai.
Fighting GD!