Utama K-Pop “Bila Kami Dengar Lagu Tu..” – Jennie Pilih Lagu BLACKPINK Paling Bermakna...

“Bila Kami Dengar Lagu Tu..” – Jennie Pilih Lagu BLACKPINK Paling Bermakna Buatnya

blackpink jennie

Baru-baru ini, Jennie BLACKPINK telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Elle USA.

Untuk pengetahuan, BLACKPINK sedang melakukan konsert jelajah dunia di seluruh bandar Amerika Utara dan Eropah kini.

Ketika sesi temu bual, Jennie berkongsi perbezaan melakukan konsert jelajah ‘Born Pink’ berbanding dengan konsert mereka sebelum ini pada 2018. Idola itu mengaku,

Sebelum saya pergi ke jelajah sebelum ini yang kami lakukan, saya tidak bersedia. Saya tidak tahu apa yang saya hadapi, dan saya hanya harus perlu laluinya.

Jelas ahli BLACKPINK itu lagi,

Kini, kami memberi lebih perhatian kepada butiran kecil untuk menjadikannya lebih baik daripada lawatan terakhir kami. Kami telah belajar banyak dari segi cara bagaimana untuk berinteraksi dan cara mempamerkan lagu baharu. Kami ingin membuat konsert ini jadi pengalaman yang diingati orang dan bukan hanya dinikmati sehari kemudian terus dilupakan.

blackpink jennie

Telah melancarkan pelbagai lagu hit, Jennie turut memilih lagu BLACKPINK yang paling bermakna buat dirinya,

Saya memilih ‘Whistle’, kerana ia adalah lagu debut kami. Saya masih ingat apabila kami mendengar lagu itu, kami semua tahu bahawa ini adalah identiti teras yang pasti tentang apa yang BLACKPINK akan lakukan pada masa hadapan. Ia mempunyai banyak bahagian yang berbeza. Ia menunjukkan vokal akustik dan sedikit rap, dan ia mempunyai bahagian yang sangat menarik.

Dalam pada itu, BLACKPINK akan mengadakan konsert jelajah dunia di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023 nanti.

Korang pula paling suka lagu BLACKPINK yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERElle

Leave a Reply