Makin banyak yang didedahkan mengenai hubungan antara Kim Soo-hyun dan Kim Sae-ron dahulu.
Sebelum ini, ibu saudara kepada mendiang mendakwa bahawa Kim Soo-hyun telah menjalin hubungan dengan pelakon tersebut ketika dia berusia 15 tahun.
Pada 12 Mac, saluran YouTube ‘Garo Sero Research Institute’ telah menyiarkan siaran yang panjang. Sepanjang siaran itu, banyak aspek kontroversi tersebut telah dibincangkan, dan maklumat baru telah didedahkan oleh ibu saudara Kim Sae-ron.
Secara khususnya, terdapat satu saat di mana keseriusan hubungan antara keduanya disingkap apabila terdapat perbincangan tentang perkahwinan.
Ibu saudara Kim Sae-ron: “Mereka bahkan berbincang tentang perkahwinan. Dia juga melamarnya.”
Garosero Research Center: “Tetapi bukankah dia masih di bawah umur ketika dia melamarnya?”
Ibu saudara Kim Sae-ron: “Tidak, itu selepas dia menjadi dewasa.”
Garosero Research Center: “Jadi dia berada di awal usia 20-an ketika itu.”
Hal itu membuatkan rata-rata peminat menyelar pemikiran Kim Soo-hyun yang sepertinya kurang ‘empuk’ kerana dia mungkin menanam niat untuk mengahwini mendiang sejak dia di bawah umur.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.