Ramai rasanya yang seronok menonton Kim Jong-kook di saluran ‘GYM Jongkook’ pada saban minggu kan?
Terbaru, DinDin yang merupakan satu kelab bola sepak bersama lelaki berbadan sasa itu telah menyertai saluran tersebut untuk satu episod istimewa.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah soalan cepumas ditanya DinDin buat Kim Jong-kook,
Bukan ke tahap hormon awak menaik apabila bersenam? Jadi, bukan kah keinginan seksual awak akan meningkat? Pada tahap awak, bukan kah ianya akan menaik tinggi. Bagaimana awak menanganinya? Kalau hormon lelaki tinggi, keinginan seksual juga akan meninggi.
Tambah lelaki genit itu lagi,
Awak tak muda lagi. Bagaimana awak boleh hidup baik begitu?
Jawab Kim Jong-kook,
Awak boleh selesaikannya dengan bersenam tanpa berfikir. Lelaki boleh hidup seperti anak muda jika mereka bersenam dengan keras.
Fuhhh tak menahan soalan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.