Ikuti Kami:

Bikin Sebak, Jessica Jung Terharu Peminat Beri ‘Mesej’ Di Diamond Dreams Concert

Bikin Sebak, Jessica Jung Terharu Peminat Beri ‘Mesej’ Di Diamond Dreams Concert

Setelah lama mendiamkan diri dalam industri muzik, akhirnya penyanyi tersohor, Jessica Jung mengejutkan peminat dengan konsert sulung ‘Diamond Dreams Concert’ dan Malaysia tak terkecuali dalam jelajah tersebut. 

Konsert yang diadakan pada 13 Januari lalu di Mega Star Arena telah menjadi sejarah dan kenangan indah buat Golden Stars kerana akhirnya dapat melihat Jessica menyanyi secara langsung.

Tak dinafikan, penampilan Jessica di saat pembukaan konsert dengan lagu ‘Set Me Free’ diikuti ‘Summer Storm’ dan ‘Love Me the Same’ telah memecahkan setiap ruang arena dengan jeritan dan sokongan padu daripada peminat, menunjukkan aura luar biasa. 

Concert Sulung Jessica Jung Diamond Dreams Concert

Lebih mengejutkan, Jessica tampil dengan tarian khas melibatkan props seperti kerusi semasa menyanyikan lagu ‘Love Me the Same’, membuatkan peminat tidak senang duduk dan memberikan sorakan gemuruh buat penyanyi tersebut. 

Selepas berinteraksi bersama peminat, Jessica meneruskan konsert dengan lagu ‘Because It’s Spring’, ‘Love U’ serta ‘Better Late Than Never’, dan penyanyi tersebut terkesiap dengan reaksi peminat di saat beliau menghulurkan mikrofon semasa menyanyikan lagu ‘Love U’. 

Persembahan kemudian diteruskan dengan lagu keluaran terbaru ‘Beep Beep’ dan lagu-lagu popular seperti ‘Snap Shot, ‘Wonderland’ dan ‘Beautiful Mind’, membuatkan arena tersebut lebih meriah dan rancak. 

Concert Sulung Jessica Jung Diamond Dreams Concert

Lebih rancak lagi, apabila Jessica tampil semula ke pentas berpakaian kelabu berkiliaun dan menyanyikan lagu ‘Diamond’, membuatkan peminat terkesima dan arena dipenuhi dengan tepukan dan sorakan gemuruh.

Namun, suasana rancak bertukar pilu apabila Jessica tampil membawa lagu ‘The One Like You’ iaitu OST K-Drama ‘Cyrano Agency’ dan seluruh arena dihiasi dengan lampu kuning daripada peminat, membuatkan penyanyi tersebut menzahirkan rasa terharu. 

Jessica kemudian menghidupkan semula suasana dengan menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada peminatnya yang mempunyai hari lahir pada malam itu dan meneruskan sesi encore dengan membawa lagu ‘Get It? Got It? Good’ dan ‘Starry Night’.

Sebelum konsert berakhir, memandangkan Jessica jarang datang ke Malaysia, Golden Stars mengambil kesempatan menunjukkan rasa cinta serta sokongan padu kepada penyanyi tersebut menerusi video kejutan, membuatkan Jessica sebak hingga tak terkata. 

Apabila Jessica mula tenang, konsert kemudian diakhiri dengan lagu ‘Fly’. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah ‘Diamond Dreams Concert’, layari laman Facebook dan Instagram 43.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...