Ikuti Kami:

Bikin Kejutan Buat Peminat, IU Rilis Teaser Untuk Keluaran Baharu ‘Pieces’

Bikin Kejutan Buat Peminat, IU Rilis Teaser Untuk Keluaran Baharu ‘Pieces’

Pada 22 Disember, IU telah mengeluarkan teaser untuk keluaran baharunya yang akan datang!

Di dalam teaser “Pieces” itu, ia menunjukkan ilustrasi pelbagai buku bertimbun di atas satu sama lain dengan jam di bahagian atas. Tajuk-tajuk buku itu adalah termasuk semua lagu hit yang telah dikeluarkan oleh IU, seperti “Palette”, “Love Poem” dan banyak lagi.

Walaupun IU masih belum mendedahkan butiran tentang apa yang dia bakal keluarkan, namun dalam teaser tersebut memberi petunjuk bahawa IU mungkin akan mengeluarkan album kompilasi semua lagu hit yang telah dikeluarkannya setakat ini, bermula pada tahun 2012.

Seperti yang diketahui peminatnya, IU sering mengeluarkan lagu dan album yang merakamkan peristiwa dalam hidupnya, sambil dia menandakan setiap tahun usianya melalui album tersebut.

Keluaran terbaharu IU ini akan dirilis pada 29 Disember jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...