Barisan terakhir ‘Trainee A’ yang akan menjadi kumpulan lelaki seterusnya di bawah Big Hit Music, telah pun diumumkan!
Pada 8 Mac, saluran YouTube rasmi Trainee A dari label Big Hit Music telah mendedahkan tujuh ahli kumpulan itu, sebelum mereka memulakan penilaian bulanan pertama mereka.
Dalam video yang dikeluarkan, peminat boleh melihat 7 ahli itu mengambil foto profil dengan pakaian serba putih dan hitam. Apa yang menarik perhatian netizen adalah ‘visual’ oleh semua tujuh ahli yang membangkitkan keterujaan.
https://youtu.be/uOrJV3dTm98
Sekadar info, Trainee A ialah kumpulan lelaki pra-debut yang ditubuhkan pada awal 2021, di bawah Big Hit Music. Barisan pelatih kini terdiri daripada 7 ahli iaitu Yorch, Leo, Sangwon, Woochan, James, JJ dan Ji-hoon. Mereka telah dijadualkan untuk debut pada 2022.
Tambahan, 7 ahli ini masih dalam proses penilaian, bermakna, penampilan sulung oleh kesemua mereka masih belum dijamin.
Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.