Sejak membintangi drama “Friendly Rivalry”, Hyeri mendapat perhatian ramai kerana percubaan ‘daring’nya.
Untuk yang mengetahui, drama berkenaan tular di merata tempat dek penampilan kisah cinta antara dua pelajar sekolah perempuan. Dalam sebuah temubual eksklusif, Hyeri telah menceritakan pengalamannya merakamkan babak intim bersama Jung Soo-bin.
Jawab Hyeri apabila ditanya mengenai kisah menarik berkaitan ramakan babak berani seperti merokok, menari di kelab dan ciuman, jawabnya,
Ketika penggambaran, saya tidak merasakan ia terlalu berani kerana ia hanyalah sebahagian daripada lakonan berdasarkan skrip. Pada awal adegan di kelab, saya memakai rambut palsu berwarna merah jambu, dan saya terkejut kerana ia kelihatan lebih sesuai dengan saya daripada yang saya sangka.
Dalam pada itu, Hyeri meluahkan ucapan penghargaan buat kesemua penonton yang memberikan kasih sayang buat “Friendly Rivalry” dan mengakui bahawa mungkin agak sukar untuk dia menemui watak seperti itu lagi dalam keriernya selepas ini.
Korang layan tak drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.