Video teaser terbaru untuk jelajah konsert BLACKPINK, yang dikeluarkan bagi mempromosikan konsep baharu kumpulan itu, menampilkan rakaman solo setiap ahli yang direka untuk mencerminkan imej dan personaliti unik masing-masing.
Peminat menyedari bahawa video tersebut seolah-olah membawa jalan cerita yang mengingatkan mereka kepada lagu lama ‘Lovesick Girls’, sekaligus meningkatkan jangkaan dan spekulasi terhadap hala tuju tema konsert kali ini.
Namun begitu, detik yang sepatutnya menjadi momen penuh perayaan bertukar suram bagi ramai peminat Blinks apabila mereka meluahkan rasa kecewa di media sosial terhadap kemunculan Lisa (BLACKPINK) atau lebih tepat, kekurangannya. Berbanding dengan ahli lain, masa tayangan Lisa didapati jauh lebih singkat, dengan momen solo beliau hanya berlangsung beberapa saat sahaja.
Penonton turut menegaskan bahawa sementara ahli lain menerima babak yang lebih tersusun dan bertemakan konsep, Lisa kelihatan muncul tanpa latar tema yang jelas.
Seorang peminat menulis, “Semua orang nak buat tak nampak ke yang Lisa hampir tak ada masa tayangan langsung?” Manakala seorang lagi menambah, “Rasa macam dia dimasukkan dalam video tu saat akhir je.”
Kritikan ini telah mencetuskan semula kebimbangan lama dalam kalangan peminat yang merasakan bahawa Lisa, walaupun terkenal di peringkat global dan mempunyai kehadiran pentas yang kuat, sering kali menerima layanan yang tidak seimbang dalam kandungan promosi.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.