Ikuti Kami:

“Beza Umur Mereka..” – ‘The Escape Of The 7’ Dikritik Selit Plot Provokatif Keterlaluan

“Beza Umur Mereka..” – ‘The Escape Of The 7’ Dikritik Selit Plot Provokatif Keterlaluan

Penulis “The Escape Of The Seven” dituduh memaparkan adegan provokatif berlebihan untuk menarik penonton.

“The Escape Of The Seven” semakin hampir ke penghujung bahagian pertama, tetapi masih banyak rahsia yang belum diungkapkan, dengan plot twist yang tidak dijangka membuat penonton benar-benar “terkejut.” Dalam episod terbaru ini, selepas Matthew Lee (Uhm Ki-joon) mendedahkan identiti sebenarnya sebagai “K” secara terbuka, sepertinya hanya ada beberapa watak sahaj yang berada di jalan yang benar.

Selepas menguruskan Kang Ki-tak dengan kejam, Matthew Lee dan Geum Ra-hee (Hwang Jung-eum) dilihat menikmati masa yang “manis” di vila peribadi mereka. Dengan berpakaian baju tidur yang menggoda, mereka berdua menghabiskan masa bersama dengan alkohol selain melakukan aksi intim. Selepas itu, Ra-hee mengaku bahawa dia sebenarnya hanya mencintai Matthew sepanjang masa ini, dan meneruskan adegan mesra keterlaluan.

the escape of the 7

Usai menonton episod itu, para penonton meluahkan rasa jijik dengan adegan romantis dalam “The Escape Of The Seven,” terutamanya apabila identiti sebenar Matthew Lee telah terdedah. Keinginan Ra-hee untuk berkasih sayang dengan lelaki ini sukar untuk diterima, apatah lagi dengan jenayah yang kedua-dua mereka lakukan di mana mereka memanipulasi, menyakiti, dan menghapuskan satu sama lain.

Dalam realiti, Matthew adalah jauh lebih muda daripada Ra-hee yang meningkatkan ketegangan dalam hubungan mereka sekaligus membuatkan ramai tak menyokong hubungan ini. Menurut penjelasan, Matthew adalah “K,” seorang lelaki muda yang menjalani pembedahan untuk menyamar sebagai Lee Hwi-soo.

Ramai yang percaya bahawa adegan panas antara pasangan ini (malah sebelum identiti sebenar dan umur Matthew terdedah) tidak penting bagi plot, dan penulis skrip menggunakan momen yang mengejutkan secara berlebihan untuk menarik perhatian penonton sahaja.

Korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...