Tak lama lagi, Choi Hyun-wook dan Moon Ga-young akan bergandingan dalam drama “My Dearest Nemesis”.
Diadaptasi dari webtoon popular, “My Dearest Nemesis” akan menceritakan kisah cinta seorang lelaki dan wanita yang pertama kali bertemu melalui watak permainan dalam talian semasa zaman persekolahan. Pada 16 tahun kemudian, mereka bertemu semula dalam kehidupan sebenar sebagai bos dan pekerja.
Ketika sesi sidang media yang berlangsung, Moon Ga-young berkongsi pengalamannya bekerja dengan Choi Hyun-wook dalam drama itu, yang 6 tahun lebih muda daripadanya. Luahnya,
Ia adalah sesuatu yang baru. Selalunya, saya yang paling muda di set tapi kali ini, saya belajar apa yang perlu dilakukan sebagai orang yang lebih tua dan rasa tanggungjawab. Saya juga belajar banyak daripadanya.
Kemudian, lelaki itu turut menyatakan rasa syukurnya kepada Moon Ga-young dengan berkata,
Saya pernah melakukan drama romantik tetapi ini adalah kali pertama saya merakam siri percintaan selama ini. Itulah sebabnya saya banyak bergantung pada Moon Ga-young dan belajar banyak daripadanya.
Sementara itu, “My Dearest Nemesis” akan mula ditayangkan pada 17 Februari ini. Nantikan!