Ramai yang sedang menonton “Good Partner” dengarnya?
Bukan sahaja diterajui Jang Na-ra dan Nam Ji-hyun, namun drama perundangan berkenaan turut dihiasi dengan P.O. di mana dia membawa watak Jeon Eun-ho iaitu seorang peguam ceria yang sentiasa mementingkan kerja dan kehidupan peribadi.
Sejak dari awal karier lakonannya, ramai yang sering memberikan respon pra-kontra mengenai bakat ahli BLOCK B itu. Kata netizen mengenai kemunculannya dalam “Good Partner”,
- Setakat ini saya rasa dia tidak begitu bagus… tapi saya masih okay.
- Dia sedikit elok berbanding ketika dalam ‘Hotel Del Luna’.
- Saya tak faham mengapa dia masih boleh menerima tawaran lakonan.
- Lebih baik dari jangkaan saya.
- Saya tak rasa dia sesuai bawa watak peguam.
- Memang lagi baik dari ‘Hotel Del Luna’ tetapi dia tetap tak berapa pandai berlakon.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.