Seorang wakil dari Firma Undang-Undang Dongjin, yang mewakili pelakon Yoo Ah-in telah mengeluarkan kenyataan rasmi.
Wakil undang-undang itu memberitahu media baru-baru ini,
Tuduhan terkini terhadap Yoo Ah In adalah tidak benar. Tolong jangan membuat spekulasi yang tidak perlu mengenai kehidupan peribadi pelakon tersebut.”
Sebelumnya, pelbagai media melaporkan bahawa Yoo Ah In telah didakwa atas tuduhan menyerang secara seksual seorang individu lelaki, ‘A’ (30 tahun). Menurut undang-undang Korea Selatan yang sedia ada, tuduhan serangan seksual yang melibatkan sesama jenis tidak boleh dianggap sebagai rogol.
Semasa soal siasat awal, pengadu telah menjalani ujian air kencing untuk dadah haram, yang hasilnya adalah negatif. Pihak polis akan memanggil tertuduh (Yoo Ah-in) untuk soal siasat, meneruskan kemungkinan bahawa tertuduh berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.