Lis BLACKPINK nampaknya dah tak segan untuk mendedahkan tentang hubungannya dengan Frédéric Arnault.
Terbaru, Lisa dan Rosé telah datang memberikan sokongan buat persembahan Jennie di Coachella.
Sama seperti peminat, mereka juga pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk merakam momen itu menggunakan telefon mereka.
lisa’s phone wallpaper is frederic pic.twitter.com/f1A2pPggBi
— &. . (@fredericslisa) April 14, 2025
Menerusi satu video yang dikongsi, peminat perasan Lisa meletakkan gambar Frédéric Arnault sebagai ‘wallpaper’ telefonnya, membuktikan bahawa memang benar mereka sedang bercinta.
Untuk pengetahuan, khabar angin tentang hubungan mereka sudah menjadi bualan sejak 2022 lagi namun, masih belum ada pengesahan atau respon dari agensi.