Berani kacau isterinya, Haha langsung tak teragak-agak untuk membalas kepada orang yang meninggalkan komen buruk.
Terbaru, Haha dilihat secara terbuka membalas dua komen di bawah video Byul menyanyi dalam program “Mama The Idol”. Satu komen bersifat jahat ditujukan kepada Byul, manakala satu lagi komen positif mengenai perkahwinan HaHa ditulis di bawah video berkenaan.
Tindak balas ahli “Running Man” terhadap kedua-dua komen tersebut mengejutkan dan menghiburkan netizen dengan kejujuran dan keberaniannya.
Komen jahat yang berunsur seksis terhadap Byul berbunyi,
Ajumma, masak je la makan malam di rumah. Hanya awak yang rasa ianya sempurna — orang lain tak rasa begitu.
Haha membalas komen itu dengan kata-kata kesat yang bermaksud ‘bodoh’. Sebaliknya, komen positif yang ditulis ialah,
Haha hyung, awak memang berkahwin dengan baik…
Haha menjawab dengan satu lagi akronim, mengatakan “Saya mengakuinya” diikuti dengan empat emoji hati.
Netizen di forum komuniti terhibur, memuji Haha kerana mempertahankan isterinya dengan begitu terbuka. Malah ramai seronok melihat lelaki itu membalas dengan terus tanpa perlu menunggu untuk menfailkan saman seperti rata-rata selebriti lain.
Mantap Haha!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.