Adakah Lee Jung-ha masih perlu memperbaiki mutu lakonannya lagi?
Terbaru, ramai berpendapat bahawa lelaki itu tidak mencapai jangkaan penonton dengan watak Goo Han-soo dalam “The Auditors” di mana dia berlakon sebagai juruaudit Gen Z.
Malah khabar yang mengatakan bahawa dia diambil berlakon kerana kejayaan dalam drama “Moving” membuatkan ramai yang kecewa dengan apa yang ditonton mereka di dalam drama ini.
Komen penonton,
Dia teruk. Dia bertuah sebab watak Bong-seok dalam watak ‘Moving’ je.
Kata media pula, wajah dan ekspresi Lee Jung-ha yang sedikit keterlaluan dan tak nampak realistik lantas nampak janggal di samping pelakon hebat seperti Shin Ha-kyun dan Jingoo.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.