Ikuti Kami:

Bertuah! Kedua-Dua Drama Lakonan Kim Taeri Capai Populariti Hebat

Bertuah! Kedua-Dua Drama Lakonan Kim Taeri Capai Populariti Hebat

Walaupun hanya mempunyai dua drama di bawah gelung pengalaman lakonannya, namun Kim Tae-ri membuktikan bahawa dia merupakan seorang yang bertuah.

Disebabkan oleh rating yang hebat dicapai oleh dua drama lakonannya iaitu “Mr. Sunshine” dan “Twenty Five, Twenty One”, Kim Tae-ri mendapat pujian bahawa dia merupakan seorang pelakon yang mampu mencapai rating baik bagi setiap drama lakonanya.

Sedang berlakon sebagai atlet fencing di dalam “Twenty Five, Twenty One” kini, pelakon berusia 32 tahun itu menerima pujian kerana mampu menayangkan pelbagai emosi komikan dan realistik hingga ke melodrama menerusi watak Na Hee-do. Malah bakatnya bermain pedang turut membuatkan penonton lagum dengan kegigihannya.

kim taeri twenty five twenty one

Bermula dengan rating 6.4%, “Twenty Five, Twenty One” menunjukkan peningkatan yang ketara apabila episod ke-8 baru-baru ini melepasi catatan 10% sekaligus menjadi pertama tvN selepas “Hometown Cha Cha Cha” pada Oktober 2021 yang mencapai rekod ini.

Sebelum ini, Kim Tae-ri membuka langkahnya dalam dunia K-Drama menerusi “Mr. Sunshine” pada 2018. Walaupun naskhah pertamanya di TV namun wanita itu menarik perhatian ramai dek nada suara yang elegan selain bakat lakonan yang memukau sebagai Go Ae-shin seorang gadis bangsawan yang kemudiannya berlaih arah sebagai penembak dalam bidang ketenteraan di Kyusu. Bahkan dia langsung tak tenggelam walaupun bergandingan dengan pelakon hebat iaitu Lee Byung-hun.

kim taeri mr sunshine

Melihatkan pencapaian hebat Kim Tae-ri, penonton menjangkakan perjalanan karier yang berbunga pada masa hadapan.

Kim Tae-ri memang hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...