Ikuti Kami:

Bertemu Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Seo Yeji Pilih Kim Soohyun Pasangan Terbaik Buatnya

Bertemu Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Seo Yeji Pilih Kim Soohyun Pasangan Terbaik Buatnya

Meskipun sudah pun beberapa tahun berlakon, namun nama Seo Ye-ji mula meniti di bibir peminat K-Drama selepas berjaya membawa watak unik iaitu Ko Mun-yeong dalam drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”.

Melakonkan karakter yang mengalami masalah personaliti anti-sosial dan melalui trauma ketika kecil apabila dihantui oleh ibu psikonya yang disangka mati, Seo Ye-ji menerima tepukan gemuruh daripada penonton kerana mampu menggalas tanggungjawab yang berat itu.

Bukan itu sahaja, tiada siapa bayangkan bahawa gandingan Seo Ye-ji dan Kim Soo-hyun akan membuatkan ramai yang terpersona sebelum ini, Tapi selepas sahaja drama ini. semua orang tidak dapat melupakan keserasian di antara mereka sehingga ada yang mengatakan bahawa mereka adalah pasangan hebat untuk tahun 2020!

pengajaran it's okay to not be okay

Ini komen Seo Ye-ji mengenai momen bekerja dengan pelakon lelaki popular itu,

Dia merupakan seorang yang sangat kelakar dan sentiasa membuatkan staf dan juga pelakon lain ketawa dengan telatahnya. Namun apabila kami mula berlakon, dia akan memberikan fokus penuh kepada wataknya dan menjadi pasangan gandingan yang terbaik. Pada penghujung drama, terdapat banyak babak yang bermain dengan emosi dan saya banyak menerima bantuan daripadanya untuk bahagian berkenaan.

seo yeji

Bukan sahaja rakan gandingan, malahan pakaian yang dipakai oleh Ko Mun-yeong juga mendapat perhatian ramai. Pun begitu, Seo Ye-ji mengatakan bahawa pakaian kegemarannya 180 darjah berbeza dengan watak tersebut.

Watak saya dalam drama tersebut ialah seseorang yang keluar daripada kisah dongeng dan sukakan pakaian yang menonjol dan dramatik. Tapi secara peribadinya saya sukakan gaya ringkas seperti t-shirt putih dan jeans. Pakaian yang dikenakan dalam drama tersebut adalah sesuatu yang baru pada saya. Saya memang suka pakai gaun jadi sangat seronok dapat mencuba pelbagai gaun yang menyeronokkan.

Melalui masa yang lama sebelum popular, Seo Ye-ji ditanya sama ada dia mempunyai pesanan kepada dirinya ketika berusia 20 tahun.

‘Jangan terluka’. ‘Bertahan’. ‘Awak cantik’. Tiada lebih dan tiada kurang. Ini adalah tiga perkara yang saya mahu sampaikan kepada diri sendiri.

seo yeji

Kalau anda nak tahu, semasa penggambaran “It’s Okay To Not Be Okay” sedang berjalan, Seo Ye-ji turut sibuk dengan jadual seni yang lain sehingga menyebabkan dia hanya mampu tidur paling lama 30 minit sahaja sehari. Disebabkan itu, pelakon tinggi lampai ini menyatakan hasrat untuk ‘qada’ tidur selepas drama ini selesai ditayangkan. Comel!

Cas tenaga dan kembali dengan naskhah yang hebat nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...