Menjelang perkahwinan, sudah pasti setiap gerak geri Hyunbin dan Son Ye-jin menjadi perhatian ramai.
Terbaru, Son Ye-jin telah berkongsi pelbagai cerita mengenai dirinya menerusi program “You Quiz On The Block”.
Bukannya cerita wanita itu, namun peminat tertarik melihat cincin yang disrungkan oleh pelakon berkenaan. Nampak cantik bertatah berlian, ramai yang menganggap bahawa ia adalah tanda pengikat cinta antaranya dan Hyunbin.
Jawab agensi Son Ye-jin mengenai tebakan peminat itu,
Cincin di jari manis Son Ye-jin semasa muncul di program ‘You Quiz On The Block’ bukanlah cincin pertunangan mahupun perkahwinan. Ia hanyalah cincin tajaan yang jurugaya padankan dengan pakaiannya pada hari itu.
Dalam pada itu, Son Ye-jin dan Hyunbin bakal menamatkan zaman bujang mereka menerusi sebuah majlis perkahwinan tertutup di Seoul pada Mac nanti.
Tajam tau mata semua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.